KDNK suku kedua dijangka lebih baik, hasil positif ekonomi MADANI – Ahli ekonomi

Prestasi ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada suku kedua tahun ini dengan perbelanjaan isi rumah, pengeluaran dan pelaburan mencatatkan peningkatan berikutan keyakinan terhadap pasaran serta sentimen positif hasil pelaksanaan Ekonomi MADANI.
“(Prestasi) paling penting (yang kita akan lihat) ialah peningkatan perbelanjaan isi rumah, disebabkan oleh keyakinan isi rumah yang semakin baik.
“Selain itu, sentimen ekonomi juga dibantu oleh peningkatan eksport dan import pada (suku pertama) serta kadar pengangguran yang kekal pada 3.3 peratus,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.
Bank Negara Malaysia dijadual mengumumkan data rasmi KDNK Suku Kedua 2024 pada Jumaat ini.
Pada Suku Pertama 2024, eksport meningkat 2.2 peratus kepada RM362.41 bilion manakala import menokok 13.1 peratus kepada RM328.19 bilion.
Kerajaan di landasan tepat pacu pertumbuhan ekonomi
Beliau berpendapat, pertumbuhan positif itu akan disokong oleh aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dengan pelaburan diluluskan dalam pelbagai bidang berjumlah RM83.7 bilion pada Suku Pertama 2024.
Ia merupakan peningkatan sebanyak 13 peratus daripada RM74.1 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
“Data pelaburan menunjukkan negara berada pada landasan tepat untuk melaksanakan pembaharuan seterusnya kerana ini akan mewujudkan lebih banyak ruang fiskal bagi kerajaan untuk berbelanja dalam sektor produktif.
“Selain itu, ia juga memberi gambaran kerajaan menguruskan kewangan secara bertanggungjawab yang akan membawa keyakinan kepada pasaran terhadap penarafan kedaulatan negara dan potensi pendapatan,” katanya.
Dasar kerajaan pengaruhi keyakinan terhadap ekonomi
“Ini mencerminkan tinjauan positif dalam kalangan perniagaan, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh dan dasar kerajaan yang menyokong,” katanya baru-baru ini.
“Apabila pelaburan dijangka meningkat, kita juga akan menjangkakan kualiti KDNK akan bertambah baik.
“Ini bermakna akan terdapat lebih banyak penggunaan teknologi tinggi dalam proses pengeluaran yang juga akan diterjemahkan kepada permintaan yang lebih tinggi untuk pekerja berkemahiran tinggi. Ini akan menggalakkan produktiviti dan meningkatkan pengetahuan yang seterusnya akan mempercepatkan pengembangan KDNK,” katanya.
Rangka kerja Ekonomi MADANI, yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Julai 2023, menetapkan tujuh petunjuk utama sebagai sasaran jangka sederhana yang perlu dicapai dalam tempoh 10 tahun.