Berita

Kelantan mula dilanda banjir

Dua PPS mula dibuka sejak pagi tadi.

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Jajahan Pasir Puteh menjadi lokasi pertama dilanda banjir di Kelantan akibat monsun timur laut apabila dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 71 mangsa sedang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu dan SK Wakaf Raja di jajahan itu.

SK Dalam Rhu menempatkan 42 mangsa daripada 10 keluarga.

“Sebanyak 29 mangsa daripada tujuh keluarga pula berada di PPS SK Wakaf Raja,” menurut portal berkenaan. —Malaysia Kini

Artikel Berkaitan

Back to top button