Sukan

“…kepada musuhku, jangan kau bercemburu, membenci” – TMJ

Baginda berharap seteru JDT dapat mengagumi kehebatan ditunjukkan pasukan itu dan menghargai sumbangan mereka kepada bola sepak tempatan

KUALA LUMPUR 19 Dis – Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tiada pasukan mampu menjadi seperti skuad Harimau Selatan kerana hanya ada satu sahaja TMJ.

Menerusi satu komen ditinggalkan Tunku Ismail di laman Instagram JDT, baginda berharap seteru JDT dapat mengagumi kehebatan ditunjukkan pasukan itu dan menghargai sumbangan mereka kepada bola sepak tempatan.

“Daripada jaga rumput, falsafah bolasepak, infrastruktur, hingga ke celebration.

“Tiada orang boleh buat apa kami/JDT buat dalam negara ni atau asia sebagai sebuah club. Kejayaan sama-sama mengiringi pemodenan dan inovasi.

“Celebration kita adalah identity kita mewakili concept inilah JDT. Lain dari lain. Sentiasa meningkatkan quality dari setiap aspect.

“Kepada keluargaku, terima kasih atas sokongan anda, dan kepada musuhku, jangan kau bercemburu atau membenci tetapi anda semua harus mengagumi kehebatan ini dan hargai sumbangan JDT kepada bolasepak tempatan.

“Kerana tidak akan ada lagi club macam JDT dalam setiap aspect. Kerana ada satu sahaja TMJ,” kata Tunku Ismail.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Esteban Solari mencipta sejarah tersendiri pada musim ini apabila melakar rekod ‘Double Quadruple Invincibles’ selepas memenangi empat piala tanpa sebarang kekalahan bagi dua musim berturut-turut.

Mereka juga memenangi 25 daripada 26 perlawanan Liga Super musim ini dan menjaringkan 100 gol namun hanya bolos tujuh gol. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button