Keputusan ujian Covid-19 negatif, Najib dibenar pulang ke penjara
Keputusan ujian yang dijalankan HKL terhadap Najib adalah negatif Covid-19

KUALA LUMPUR 6 Nov – Bekas perdana menteri Najib Razak telah dibenarkan pulang ke Penjara Kajang, setelah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiga hari lalu.
Najib sebelum ini dikejarkan ke HKL selepas mengalami demam panas.
Pegawai khasnya, Muhammad Mukhlis Maghribi pada mulanya berkata Najib dijangkiti Covid-19.
Namun Mukhlis hari ini berkata keputusan ujian yang dijalankan HKL terhadap Najib adalah negatif.
“Bagaimanapun HKL masih membuat pemantauan ke atas tahap kesihatan Najib sehingga 5 November (hari ini).
“Setelah doktor membuat pemeriksaan terakhir pada tarikh tersebut, Najib dibenarkan pulang ke Penjara Kajang,” katanya dalam kenyataan semalam.
Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di situ setelah disabit bersalah atas pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Xklusif