Kerajaan akan terus siasat golongan bergelar Tun – Anwar
Siasatan akan diteruskan biarpun kini berdepan dengan kritikan hebat.
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi isyarat bahawa kerajaannya akan terus mencari kebenaran dalam siasatan kecurian dana negara untuk rakyat, biarpun kini berdepan dengan kritikan hebat.
Perdana Menteri berkata, siasatan terhadap golongan kaya dan kenamaan, khususnya mereka yang bergelar Tun tidak semudah yang disangka dan ia perlu disokong oleh semua pihak.
“Kita tingkatkan usaha kita, ia tidak mudah kerana hutang (negara) banyak (tetapi) ada yang curi, curi, curi duit rakyat.
“Kita mahu ambil tindakan dan ada yang marah-marah. (Mereka) curi sana, curi sini dan tidak diambil tindakan.
Bagi saya ia (kritik kerajaan) aneh, sepatutnya you sokong kerana bukan senang tau mahu siasat Tun.
“Siasat ketua kampung senang, siasat cikgu sekolah Tamil lagi senang. Saya mahu siasat orang kaya besar-besar yang curi duit ingat senang ke?. Tak senang…,” katanya ketika berucap pada Sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan 2021 di Padang Chetey, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Anwar turut menegaskan, beliau bertekad untuk tidak mahu ada lagi pihak yang berterusan mencuri hak dan harta rakyat Malaysia.
“Kita mahu menjaga negara ini, jangan bagi orang curi harta rakyat.
“Kita mahu menolong rakyat dan ‘we will go after the crooks, i dont care’,” katanya. — Berita Harian