Berita
Kerajaan kelantan umum bantuan khas RM2,000
Bayaran itu akan dibuat pada Februari tahun depan.

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Kerajaan Kelantan pada Khamis mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM2,000 kepada seluruh penjawat awam di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bayaran itu akan dibuat pada Febuari tahun hadapan dengan implikasi kewangan sebanyak RM18 juta.
“Bayaran penghargaan ini juga akan diterima oleh pegawai lantikan politik, ahli majlis, penghulu, guru pondok, guru fardu ain, guru jahitan dan sebagainya akan turut menerima bantuan tersebut mengikut kadar yang sesuai,” katanya semasa membentangkan Belanjawan Kelantan Bagi Tahun 2024 di sini pada Khamis. — Sinar Harian