Politik

Kerajaan Perpaduan Selangor bincang penubuhan jawatankuasa sekretariat

Mesyuarat pertama Sekretariat Perpaduan Negeri Selangor semalam membincangkan mengenai penubuhan jawatankuasa sekretariat dan gerak kerja untuk menyatupadukan parti di bawah naungan Kerajaan Perpaduan Selangor.

UMNO Selangor dalam hantaran di Facebook memaklumkan dua perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Perpaduan Selangor Dr Mohd Khairuddin Othman, yang juga Setiausaha PKR negeri.

Mesyuarat berkenaan dihadiri Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Dr Mohamed Satim Diman.

Turut hadir wakil pimpinan dari parti komponen MCA, MIC serta sayap Wanita dan Pemuda, serta setiausaha kerja peringkat negeri. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Back to top button