Berita

Kes Ebit Liew: Saksi tak tahu gambar 17 kemaluan lelaki milik siapa

Saksi tersebut merupakan Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia.

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki yang didedahkan dalam keterangan di mahkamah adalah milik siapa.

Chang Ching yang merupakan saksi kelapan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam bela Datuk Ram Singh yang mewakili pendakwah terkenal itu dalam pemeriksaan balasnya pada Khamis.

Ram dalam pemeriksaan balasnya bertanya kepada Chang Ching bagaimana beliau mengenal pasti 17 gambar kemaluan lelaki itu milik individu tertentu.

“Saya kenal pasti itu gambar kemaluan lelaki tetapi saya tidak tahu ia milik siapa,” kata Chang Ching.

Chang Ching juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pasti jika fakta borang permohonan analisis berkaitan dengan Ebit Lew.

Bagaimanapun, dalam pemeriksaan balas seterusnya menolak kemungkinan bahawa 17 gambar yang diekstrak adalah untuk memalukan Ebit Lew.

Dalam keterangannya lagi, Chang Ching memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak melakukan ekstrak terhadap siapa yang menghantar atau kepada siapa 17 gambar kemaluan lelaki itu dihantar.

Ram kemudian menamatkan sesi pemeriksaan balasnya sementara laporan daripada LGMS yang hanya tersedia pada tarikh perbicaraan seterusnya.

Untuk rekod, dalam perbicaraan pada Rabu, Chang Ching memberitahu mahkamah terdapat 90 gambar dan tiga video berunsur lucah ditemui dalam data yang diekstrak daripada telefon bimbit milik Ebit Lew.

Daripada 90 gambar itu, terdapat 17 keping gambar kemaluan lelaki yang ditemui di dalam data yang disimpan dalam sebuah pemacu kilat.

Sebelum itu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, diwakili barisan peguamnya iaitu Ram, Timothy Daut dan Chen Wen Jye.

Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zahidah Zakaria, Nor Azizah Mohamad dan Analia Kamaruddin manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani

Ebit berhadapan dengan berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. — Sinar Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button