Ketua Polis Selangor sahkan penemuan mayat penyanyi Nidza Afham
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan mayat penyanyi, Nidza Afham di Sungai Klang pada pukul 7.30 malam tadi.
Hussein berkata sedemikian selepas dihubungi UtusanTV.
Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang hilang selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang pada malam semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati Nidza telah keluar dari rumah di Jalan Kerongsang 4, Bandar Puteri dekat Klang ke stadium pada pada pukul 7.45 malam dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing.
Menerusi aplikasi ‘Find my iPhone’, teman wanita Nidza mendapati, lokasi terkahir keberadaanya adalah di Jambatan Kota berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang.
Adik Nidza juga telah ke lokasi terakhir yang dikenal pasti dan telah menemui sebuah telefon bimbit serta dompet berisi dokumen.
Nidza kali terkahir dilihat berbaju warna biru dan hitam bernombor 56.