Berita
KKM tolak laksana PKP dalam masa terdekat
KKM bagaimanapun mengesahkan kes Covid-19 meningkat.
KUALA LUMPUR 18 Dis. – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dibuat dalam masa terdekat walaupun kes Covid-19 meningkat.
Menterinya, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, banyak kegusaran berkaitan PKP ditanya di media sosial.
“Kementerian kesihatan harap situasi ini dapat dilalui tanpa perlu mengulangi sekatan seperti PKP.
“(Buat masa ini) kita tak cakap pasal PKP… untuk sekarang ini tak ada (rancangan untuk melaksana semula) PKP,” katanya pada sidang media mengenai situasi Covid-19 yang disiarkan secara langsung di laman Facebook KKM.
Untuk rekod, jumlah kes Covid-19 sejak 10 hingga 16 Disember mencatatkan peningkatan 62.2 peratus iaitu sebanyak 20,696 berbanding minggu sebelumnya. — Xklusif