Berita

Kos tunai haji naik, meningkat 8%

Golongan B40 yang julung kali menunaikan ibadah haji hanya perlu membayar RM12,356 dan M40 sebanyak RM19,152.

KUALA LUMPUR 19 Jan – Lembaga Tabung Haji mengumumkan kos menunaikan haji tahun ini meningkat 8% kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman, berkata atas keprihatinan kerajaan, golongan B40 yang julung kali menunaikan ibadah haji hanya perlu membayar RM12,356 dan M40 sebanyak RM19,152.

“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan 63% daripada kos haji.

“Bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42% daripada kos keseluruhan haji,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan T20 perlu membayar kos penuh RM33,300 seorang. — FMT

Artikel Berkaitan

Back to top button