Berita

Lapan anggota FRU cedera terlibat kemalangan di Setul

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.25 petang semalam.

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) cedera selepas bas yang dinaiki mereka merempuh tembok di plaza tol Setul, Seremban, Negeri Sembilan pada semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kesemua mangsa berada dalam kumpulan 16 anggota FRU yang dalam perjalanan pulang ke Seremban dari Cheras ketika kemalangan itu berlaku sekitar 5.25 petang semalam.

“Kemalangan berlaku selepas pemandu bas cuba mengelak sebuah lori yang menukar arah secara tiba-tiba dari arah kanan ke kiri.

“Pemandu kemudian hilang kawalan bas dan merempuh dinding,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Malik berkata, anggota yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.

Beliau menggesa saksi menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 06-790 4404. — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button