Berita

Larangan berlabuh: ZIM perlu uruskan sendiri 4,000 kontena terkandas di Pelabuhan Klang

Pihak ZIM perlu menghubungi syarikat perkapalan lain untuk mengatur bagi mengeluarkan kontena tersebut

PUTRAJAYA 21 Dis – Sebanyak 4,000 kontena yang terkandas di Pelabuhan Klang susulan larangan Malaysia terhadap syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM untuk berlabuh perlu dikeluarkan dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, pihak ZIM perlu menghubungi syarikat perkapalan lain untuk mengatur bagi mengeluarkan kontena tersebut.

“Ini merupakan tanggungjawab mereka kerana tidak boleh masuk, jadi perlu atur dengan syarikat lain untuk ke destinasi seterusnya,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan di antara MRT Corporation dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di sini pada Khamis.

Menurutnya, kontena tersebut dikenal pasti sebagai kargo transit (transhipment) yang diuruskan oleh ZIM.

“Mereka diberi sedikit masa kerana kontena terbabit bukan melibatkan satu destinasi atau pelabuhan sahaja.

“Bukan satu syarikat perkapalan yang boleh menyelesaikan 4,000 kontena ini sekali gus,” katanya.

Sebelum itu, Malaysia melarang kapal ZIM untuk berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara ini berkuat kuasa pada Rabu.

Malaysia juga tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh selain kapal menuju ke negara haram Israel turut dikenakan sekatan sama.

Ketetapan Malaysia itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Teluk Intan: Situasi banjir di Perak pulih sepenuhnya dengan tiada lagi mangsa direkodkan serta satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu ditutup secara rasmi, 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak merangkap Timbalan Pengerusi Bencana daerah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, 39 mangsa terakhir daripada 10 keluarga yang berlindung di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, di sini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas banjir di Mukim Changkat Jong surut sepenuhnya.

“Setelah mendapat nasihat dan meniliti keadaan kawasan berlaku bencana banjir telah beransur baik dan semua mangsa telah kembali ke rumah masing-masing, maka saya mengumumkan penutupan secara rasminya PPS di Dewan Serbaguna Padang Tembak jam 5 petang,” katanya di sini, hari ini. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button