Berita

Lelaki curi duit tabung masjid bukan bekas Ketua Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS berkata lelaki itu tidak pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda.

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Pemuda PAS menafikan dakwaan di media sosial bahawa seorang lelaki mencuri dari sebuah masjid di Tumpat, Kelantan semalam ialah bekas pemimpin sayap itu.

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata hasil semakannya dengan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Kamal Mohamed mendapati pencuri terbabit tidak pernah dilantik sebagai ketua Pemuda.

“Ini tiada kaitan dengan PAS. Jika dia bersalah, dia patut dihukum,” katanya.

Afnan membalas dakwaan pempengaruh pro-kerajaan @lady_bugg11 di aplikasi X bahawa pencuri itu ialah bekas ketua Pemuda PAS.

Afnan berkata parti itu sedang mendapatkan nasihat peguam berhubung kemungkinan mengambil tindakan terhadap pempengaruh itu atas dakwaan terbabit.

Semalam, seorang lelaki berjubah dan berkopiah dicekup orang awam ketika leka ‘mengail’ wang dari tabung masjid di Kampung Kubang Batang, Tumpat, Kelantan.

Lelaki itu menggunakan batang besi yang dipasang pelekat sebelum memasukkannya ke dalam lubang tabung seterusnya berjaya mengeluarkan beberapa not dari tabung itu. — FMT

Artikel Berkaitan

Back to top button