Berita

Lelaki dipukul bekas isteri tuntut hutang RM87,000

suspek kemudian menumbuk bibir mangsa dan mengetuk kepalanya dengan hulu pengikis simen serta menendangnya di bahagian perut.

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Tindakan seorang wanita yang ingin menuntut hutang RM87,000 daripada bekas suaminya dengan memukul lelaki itu mengundang padah apabila dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian 6.55 petang itu, lelaki berusia 28 tahun itu mengemas rumah sewanya di Bukit Indah, Ampang sebelum didatangi bekas isterinya berusia 38 tahun memarahinya berkaitan hutang yang belum dibayar.

Menurutnya, suspek kemudian menumbuk bibir mangsa dan mengetuk kepalanya dengan hulu pengikis simen serta menendangnya di bahagian perut.

“Susulan itu, pada 9.45 malam, polis menahan suspek yang bekerja sebagai akauntan di Ampang.

“Suspek dan mangsa baru bercerai pada 11 Julai lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun tujuh bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button