Berita

Lelaki maut, kepala tersepit di pintu lif

Kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah di Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Seorang lelaki maut selepas kepalanya tersepit di pintu lif di sebuah pusat beli-belah di Jalan Burma, Georgetown, Pulau Pinang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan berkata, JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 4.45 petang.
“Komander Operasi, PBK II Ahmad Rezki Faris Ismail melaporkan, ketika pihaknya tiba di lokasi mendapati seorang lelaki dewasa telah tersepit di pintu lif pada bahagian kepala.
“Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit itu.
“Namun, setelah berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak KKM akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.
Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button