(VIDEO) Lelaki ‘tak sayang nyawa’ terjun dari kereta tak nak bayar tambang di Sungai Buloh
Lelaki berkenaan dikatakan pernah menipu pemandu yang sama sebelum ini

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Cubaan seorang lelaki untuk menipu pemandu ehailing gagal apabila pemandu berkenaan bertindak memandu ke arah balai polis sehingga menyebabkan lelaki itu keluar dari kenderaan yang sedang bergerak untuk melarikan diri.
Dalam kejadian jam 8.31 pagi tadi, pemandu teksi dikenali Ahmad Azahari itu berkata, nasib tidak menyebelahi penumpang itu kerana wajahnya masih segar dalam ingatan Azahari kerana pernah melakukan perbuatan yang sama terhadapnya sebelum ini.
Dalam video tular berkenaan, suspek dengan selamba menggunakan taktik sama kononnya tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar tambang ke destinasi, sebelum meminjam wang daripada kakaknya untuk melunaskan bayaran.
“Kepada driver-driver inDrive, hari ini aku dapat seorang penumpang lelaki Sabah dari Bukit TInggi Klang nak ke RHB Bank Bandar Baru Sungai Buloh.
“Sebelum ini aku dah dapat penumpang ini melalui Grab apps. Bila sampai RHB Bank Bandar Baru Sungai Buloh, dia terus cabut lari tanpa bayar.
“Hari ini dia order melalui inDrive. Mungkin dia dah disekat daripada menggunakan apps Grab. Dari awal lagi aku dah syak penumpang ini sama dengan penumpang yang menipu aku dulu,” katanya.
View this post on Instagram
Bertindak dengan pantas, Azahari menurunkan sedikit kerusi penumpang depan agar kamera dapat merakam wajah penuh suspek.
Dalam perjalanan, suspek cuba meminjam wang pengadu sebanyak RM100 dan berjanji akan membayar tambang menggunakan duit kakaknya selepas sampai di destinasi.
Azahari hanya bersetuju dengan permintaan suspek dan dalam masa sama membawa keretanya menuju ke balai polis berhampiran di Pandamaran.
Bagaimanapun, belum sempat masuk ke balai, suspek telah menyedari niat pengadu dan terus membuka pintu lalu terjun melarikan diri.
“Baru je nak masuk ke dalam balai polis, dia dah terjun. Niat aku cuma nak tangkap si penipu ini sebab dulu dah pernah kena dengan Grab apps.
“Jadi, kepada driver-driver semua, tolong berhati-hati dengan penumpang ini,” katanya dalam hantaran AirAsia Ride & Grab Malaysia Community – Xklusif