Majlis Anugerah Cemerlang STARA, galak motivasi dan semangat persaingan sihat dikalangan pelajar

Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang oleh STARA, sebuah pusat tuisyen dalam talian yang berfokus kepada pelajar sekolah rendah, telah diadakan di Common Ground Ampang.
Acara ini bertujuan untuk menghargai kejayaan murid-murid serta sokongan berterusan daripada ibu bapa mereka. Menurut Principal STARA, Madam Ieka atau nama sebenarnya Nurul Atieka binti Mohamad Zahari, pusat tuisyen ini ditubuhkan untuk menyediakan pembelajaran berkualiti dan efektif bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

STARA menggunakan pendekatan pembelajaran interaktif dan personal, memastikan setiap murid memahami sukatan pelajaran dan bersemangat dalam proses pembelajaran. Majlis Anugerah Cemerlang bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada pencapaian akademik pelajar tetapi juga menggalakkan motivasi dan semangat persaingan sihat di kalangan mereka.
Untuk Anugerah Cemerlang kali ini, terdapat tiga kategori yang dipertandingkan. Kategori pertama adalah Anugerah Ikon, yang diberikan kepada murid yang menunjukkan tingkah laku baik dan menjadi contoh kepada rakan-rakan sebaya.
Kategori kedua, Anugerah Aspirasi, diberikan kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam pelajaran. Kategori terakhir adalah Anugerah Bintang, yang dianugerahkan kepada murid cemerlang dalam semua aspek sepanjang menyertai kelas STARA.

Madam Ieka berharap majlis ini dapat mengukuhkan hubungan antara sekolah dan keluarga serta mencipta suasana positif untuk perkembangan pendidikan anak-anak di masa hadapan. Dalam majlis tersebut, Uwais Ashraf bin Abdul Rahman dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang kategori lelaki, manakala Qaseh Raudhah binti Mohd Azhar menerima anugerah yang sama bagi kategori perempuan.

Uwais Ashraf, seorang murid berumur 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Seri Tasik Bandar Permaisuri, berkongsi bahawa kelas STARA sangat membantu khususnya dalam subjek matematik. Beliau juga berjaya memperoleh nombor satu dalam ujian akhir tahun di sekolahnya baru-baru ini.
Qaseh Raudhah pula, yang berumur 10 tahun dan belajar di Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi Saidina Uthman Bin Affan, menyatakan bahawa teknik tuisyen secara langsung yang dirakam sangat membantu kerana ia membolehkannya menonton sesi tersebut semula untuk pemahaman lebih mendalam.

Ibu kepada Qaseh Raudhah yang juga nenek kepada Uwais Ashraf, Siti Hayati Ismail, mengenali STARA melalui media sosial dan mendaftarkan anak serta cucunya pada awal tahun ini. Beliau menyatakan bahawa kedua-duanya telah menunjukkan kemajuan besar dalam pembelajaran berkat teknik dan bahan pembelajaran yang digunakan oleh tutor STARA.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke STARA, maklumat lanjut boleh didapati melalui laman Facebook rasmi STARA atau dengan menghubungi nombor telefon 0182244357 untuk pertanyaan. Dengan pelbagai kejayaan yang dicapai oleh murid-muridnya, STARA terus komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi bagi pelajar di seluruh negara.