Berita

Malaysia salur bantuan RM8.6 juta untuk Turkiye dan Syria

Sebanyak AS$1 juta adalah daripada Kerajaan Malaysia, manakala AS$1 juta lagi adalah sumbangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

PUTRAJAYA, Feb 8 -– Sebanyak RM8.6 juta bantuan disalurkan kepada Turkiye dan Syria berikutan kejadian gempa bumi kuat di kedua-dua negara itu, Isnin lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak AS$1 juta adalah daripada Kerajaan Malaysia, manakala AS$1 juta lagi adalah sumbangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau berkata, sejumlah RM10 juta lagi disumbangkan Majlis Agama Wilayah Persekutuan di mana turut bersetuju secara bersama dalam permulaan penyaluran dana tersebut.

“Bagaimanapun, masalah rumit di Syria kerana kekangan penerbangan dan kos terlalu tinggi. Tetapi kita setuju untuk menyalurkan dana kerajaan Malaysia.

“Kita juga berharap bantuan daripada rakyat yang turut bersimpati akan disalurkan ke Turkiye dan sebahagian lagi ke Syria.

“Syria berdepan masalah sekatan dan masalah-masalah lain, maka kita salurkan melalui Palang Merah di sana, malah Konsul Kehormat Malaysia di Syria sudah dihubungi untuk memastikan penyaluran dana dan perubatan itu disalurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Perdana Putra, di sini, hari

Artikel Berkaitan

Back to top button