Mampukah Menu Rahmah sampai ke sasaran?
Dengan tawaran menu serendah RM5 itu dilihat mampu membantu golongan B40 yang terpaksa ikat perut untuk menampung perbelanjaan seharian.

KUALA LUMPUR 23 Feb – Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan perpaduan pada 31 Januari lalu terbukti mendapat sambutan memberangsangkan dari peniaga makanan apabila lebih 12,000 restoran di seluruh negara menyertai usaha itu.
Dengan tawaran menu serendah RM5 itu dilihat mampu membantu golongan B40 yang terpaksa ikat perut untuk menampung perbelanjaan seharian.
Malah, peniaga kecil-kecilan juga menyahut seruan kerajaan itu dengan menawarkan pelbagai jenis menu rahmah termasuk durian.
Ya, usaha itu layak dipuji apabila kerajaan juga dapat berjimat dari sudur pelaksanaan dengan hanya melibatkan pengurangan harga dari pihak peniaga makanan itu sendiri.
Namun, yang menjadi persoalan adalah sejauh mana inisiatif ini mampu sampai ke khalayak sasaran kerana setakat ini tiada sebarang mekanisma yang ditetapkan untuk mengenalpasti golongan yang betul-betul layak menikmati menu berkenaan.
Difahamkan, tawaran menu rahmah ini hanya pada waktu makan tengah hari atau malam sahaja selain mempunyai had tertentu untuk dijual setiap hari.
Boleh jadi terdapat golongan T20 turut membeli menu rahmah dengan alasan untuk berjimat biarpun mereka mampu.
Tidak mahu la pula menu rahmah hanya hangat-hangat tahi ayam kerana preniaga merasakan tidak mendatangkan keuntungan.
Perkara ini turut diluahkan peniaga makanan yang tidak berkira untuk menurunkan harga makanan namun lebih berpuas hati jika dapat menjamu makan kepda golongan B40.
Ini tiga cara yang boleh dilaksanakan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara (KPDN) bagi menangani isu berkenaan.
1. Imbasan kod QR
Zaman sekarang semua benda guna kod. Dari pendaftran sehingga pembayaran produk yang ingin dibeli. Ini secara jelas banyak memudahkan dan mempercepatkan proses jua beli secara umumnya.
Perkara sama boleh dilaksanakan KPDN untuk mewujudkan sistem imbasan QR setiap kali golongan B40 ingin membeli menu rahmah.
Di dalam kod berkenaan, tersedia maklumat ringkas mengenai individu B40 berkenaan yang melayakkan dia membeli menu rahmah.
Data mengenai golongan B40 jufa sudah berada di pangkalan data, jadi ia bukanlah sesuatu yang mustahil.
2. Kupon khas
Golongan B40 yang layak mendapatkan menu rahmah boleh mendapatkam kupon khas yang disediakan kerajaan melalui platform atas talian.
Ini bagi membuktikan seseorang individu itu layak mendapatkan menu rahmah. Kupon itu boleh berbentuk digital mahupun fizikal yang perlu diserahkan kepada peniaga.
3. Pangkalan data B40
Kerajaan boleh menyediakan satu sistem yang memaparkan maklumat ringkas mengenai maklumat individu B40.
Jadi, peniaga boleh mengakses sistem berkenaan secara mudah untuk memastikan pelanggan mereka layak mendapatkan menu rahmah yang dijual.
Kesimpulannya, satu mekanisme perlu diwujudkan untuk menjadikan inisiatif menu rahmah ini berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
Ini kerana peniaga meletakkan had tertentu bagi menu rahmah yang dijual, jadi tidak adil sekiranya golongan lain yang lebih layak dari segi kewangan turut mendapatkan menu rahmah. – Xklusif