MAPIM mengutuk keras pembunuhan Ismail Haniyeh
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melalui presidennya Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mengutuk sekeras-sekerasnya pembunuhan Ketua Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Hampir dapat dirumuskan zionis Israel bertanggungjawab ke atas operasi pembunuhan ini yang mendapat restu Amerika.
Ini adalah asasinasi pengecut zionis israel. Jenayah yang mesti dibalas dengan tindakan tegas
MAPIM berpendirian pembunuhan terkutuk ini tidak akan sama sekali mengurangkan semangat pejuang Hamas. Malah mereka yang bersolidariti dengan perjuangan pembebasan Palestin di seluruh dunia mesti meneruskan sokongan.
Operasi zionis israel melancarkan asasinasi bersasar ke atas pemimpin Hamas sudah menjadi cara yang lazim. Ini adalah operasi yang telah dilancar kepada ramai pemimpin Hamas di banyak negara di dunia. MAPIM mendesak seluruh penyokong Palestin di dunia bertindak meneruskan solidariti kepada pejuang Hamas.
Pembunuhan ini pastikan akan menerima tindak balas daripada Hamas. Ismail Haniyeh sudah bersedia melakukan genjatan senjata di Gaza. Namun sikap penjenayah Natanyahu dan seluruh kabinet perang Israel yang disokong oleh Amerika jelas berazam meneruskan operasi genosid dan membunuh pemimpin yang disasarkan.
Kini Israel menghalalkan semua cara, termasuk menyerang musuh di negara asing. Israel sedang bermusuhan dengan pelbagai negara. Ia mendedahkan diri kepada tindak balas oleh kumpulan yang tidak boleh menerima keganasan Israel.
MAPIM menuntut pemimpin Islam dunia tidak mendiamkan diri.
Sudah sampai masanya Israel dihukum dengan hukuman keras terhadap jenayahnya.