BeritaJenayah

Mayat terdampar di pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Mayat seorang lelaki ditemui terdampar di pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Ahad, kata polis hari ini.

Ketua Polis Port Dickson, Maslan Udin, berkata mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri bersamanya.

Beliau juga berkata berdasarkan keadaan fizikal mayat, polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah, namun siasatan sedang dijalankan.

“Mangsa, dengan ketinggian kira-kira 165cm, berbadan tegap, berambut pendek, berkulit cerah dan mempunyai tatu di tangan kanan.

“Dia memakai seluar panjang hitam, kemeja-T berlengan pendek berwarna biru dengan logo Polo Sport. Dia juga memakai tali pinggang berwarna coklat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Maslan menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai si mati untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan

Back to top button