Sukan

Mbappe nyata hasrat mahu beraksi menentang Poland – Deschamps

PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe semakin pulih selepas patah hidungnya dan mahu beraksi menentang Poland awal pagi Rabu ini, kata jurulatih Didier Deschamps sebentar tadi.

Mbappe mengalami patah hidung ketika Perancis menang 1-0 ke atas Austria pada aksi pertama Euro 2024 dan terpaksa diketepikan ketika seri 0-0 dengan Belanda.

Perancis belum menjaringkan sebarang gol pada kejohanan itu, kemenangan ke atas Austria dipastikan menerusi gol sendiri pemain lawan.

“Dia semakin baik hari ke hari,” kata Deschamps kepada wartawan.

“Saya tidak nafikan dia berhasrat untuk beraksi esok kerana dia mahu bertemu Belanda sebelum ini.”

Mbappe mencerahkan harapan untuk kembali menentang Poland yang sudah tersingkir pada aksi terakhir peringkat kumpulan apabila dia memakai topeng muka pelindung dan menyertai perlawanan latihan Sabtu lalu.

Bercakap kepada wartawan sebelum Deschamps, pemain tengah Perancis, N’Golo Kante membayangkan Mbappe mungkin kembali berdepan Poland, perlawanan yang perlu dimenangi Les Bleus untuk merampas kedudukan juara kumpulan daripada Belanda.

“Dengan Kylian kembali, saya fikir ia boleh membantu kami menjaringkan gol dan menang. Jelas, ia satu faktor rangsangan jika Kylian kembali,” kata Kante. – REUTERS

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button