Berita

Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar

Sekurang-kurangnya lapan gerai di medan selera Taman Lembah Keramat di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.49 pagi

“Seramai 18 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dengan bantuan BBP Pandan dan Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.

“Kejadian itu tidak melibatkan mangsa, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button