Menu berasaskan tumbuhan kini tersedia di Resorts World Genting!
Resorts World Genting (RWG) dengan bangganya memperkenalkan pilihan menu berasaskan tumbuhan yang kini boleh dinikmati di semua outlet makannya. Hidangan-hidangan ini mencerminkan komitmen RWG terhadap pemakanan lestari, sihat dan enak sambil merayakan keunikan rasa serta kepelbagaian bahan berasaskan tumbuhan.
Nikmati hidangan tempatan berasaskan tumbuhan seperti Nasi Lemak dan Bee Hoon di The Bakery, yang terletak di tingkat lobi Genting Grand dengan harga istimewa RM18 setiap satu. The Bakery dibuka setiap hari dari jam 7:00 pagi hingga tengah malam pada hari Ahad hingga Khamis. Pada hari Jumaat, Sabtu, dan malam sebelum cuti umum, restoran ini beroperasi sehingga jam 2:00 pagi.
Untuk pengunjung Genting SkyWorlds Theme Park, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan khas berasaskan tumbuhan di Buck’s Café seperti Nasi Goreng Thai pada harga RM30 dan Roti Sandwich Telur dengan patty berasaskan tumbuhan pada harga RM12. Hidangan ini tersedia setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang.
Bagi pengalaman citarasa Barat yang memuaskan, kunjungi Harry Ramsden di Aras 4 SkyAvenue. Nikmati pilihan berasaskan tumbuhan seperti Spaghetti Aglio Olio dan Salad dengan Sos Mustard Madu, masing-masing pada harga RM22. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 11:00 pagi hingga 1:00 pagi, menawarkan sajian yang menyelerakan sepanjang hari.
Selain itu, pelbagai hidangan berasaskan tumbuhan yang memikat selera kini boleh didapati di outlet-outlet lain di seluruh resort, termasuk Season, Burger & Lobster, High Line, Jom Makan Street Food, Taiko Ramen, Wolfgang’s Steakhouse, Jom Makan SkyAvenue, The Junction, Vila Festa, dan Kiosk Genting SkyWorlds. Setiap lokasi ini menawarkan pilihan hidangan berasaskan tumbuhan yang unik dan menarik.
Usaha RWG melangkah ke arah pengalaman kulinari yang lestari diketuai oleh pasukan Eksekutif Superchef yang terdiri daripada tujuh chef hebat iaitu Chef Tan Hang, Muhamad Muhader Bin Wahi Anour (Aidil), Lee Kee Sin, Murugan A/L Subramaniam, Lim Khon Seng (Casey), Low Lam Chong, dan Yap Sak Choong (Jacky). Kehebatan kulinari mereka baru-baru ini diraikan dalam Majlis Perasmian Ekspo Genting Sustainbiz F&B 2024.
Terokai setiap outlet yang menawarkan menu ini di seluruh resort dan rasai hidangan inovatif yang dihasilkan oleh pakar kulinari kami. Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com.