MIC singkir Sivarraajh daripada jawatankuasa kerja pusat parti

KUALA LUMPUR 13 Jun – Pucuk pimpinan MIC telah menyingkir, Senator Datuk C. Sivarraajh daripada jawatankuasa kerja pusat (CWC) parti tersebut semalam.
Xklusif telah menerima salinan surat pelucutan jawatan beliau daripada sumber dalaman parti. Surat dua-perenggan itu ditandatangani oleh Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran bertarikh 10 Jun, 2023.
Sivarraajh telah dilantik sebagai ahli ke CWC selepas beliau kecundang dalam pemilihan pucuk pimpinan MIC pada tahun 2021.
Mengikut perlembagaan MIC, presiden parti mempunyai kuasa untuk melantik atau melucutkan lantikan tersebut.
Dalam surat tersebut, Vigneswaran menzahirkan ucapan penghargaan atas perkhidmatan yang diberikan Sivarraajh sepanjang menjadi CWC.
“Saya menulis surat ini untuk menzahirkan ucapan penghargaan terhadap perkhidmatan yang diberikan sepanjang menjadi CWC sehingga 11 Mei lalu.
“Saya ucapkan terima kasih atas kerjasama diberikan dan semoga berjaya atas apa juga usaha selepas ini,” katanya dalam surat tersebut.
Terdahulu, timbul spekulasi meluas bahawa C Sivarraajh telah disingkir sebagai ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC).
Sivaraajh, bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, dilantik sebagai ahli jawatankuasa di Unit Transformasi Komuniti India Malaysia (Mitra) pada bulan April, tahun ini.
Sumber dalaman parti berkata, Sivarraajh disingkirkan dari jawatankuasa parti untuk membolehkan beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ahli jawatankuasa Mitra dengan lebih efektif. — Xklusif