Berita

Minyak Masak Peket Bersubsidi Hanya Untuk Warganegara Mulai 1 Mac 2026

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menguatkuasakan larangan pembelian minyak masak peket bersubsidi oleh warga asing mulai 1 Mac 2026. Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali, mengumumkan peraturan ini akan diwartakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan melalui Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pelaksanaan larangan ini dimungkinkan oleh Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) yang akan mengintegrasikan butiran kad pengenalan untuk membezakan warganegara dan warga asing pada peringkat pembelian. Sistem digital ini direkodkan dapat merekodkan keseluruhan rantaian pengagihan sehingga kepada pengguna akhir.

Sementara itu, KPDN tidak menetapkan kuota pembelian berdasarkan isi rumah bagi warganegara. Pengiraan sedia ada bersandarkan penggunaan 1.5 kilogram per kapita sebagai had maksimum setiap transaksi, namun isi rumah yang memerlukan lebih masih boleh membeli tanpa sekatan mengikut keperluan.

Langkah ini diambil bagi memastikan subsidi yang disediakan kerajaan dinikmati oleh kelompok sasar yang tepat, setelah sekian lama menerima gesaan daripada pelbagai pihak untuk melarang pembelian oleh warga asing.

Artikel Berkaitan

Back to top button