Berita

MOF serah semula aset TH – Anwar

Anwar berkata keputsan itu dibuat berikutan prestasi kewangan TD terus memulih.

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Kerajaan akan menyerahkan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang diletakkan di bawah Syarikat Bertujuan Khas (SPV) Kementerian Kewangan (MOF) kepada TH, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu dibuat selepas MOF berpuas hati dengan isu pengurusan dan tata kelola yang berbangkit sebelum ini, selain prestasi kewangan TH yang terus memulih, khususnya selepas bergelut isu kepincangan sebelum ini.

Beliau berkata, penyerahan semula aset TH itu juga membuktikan dakwaan pihak tertentu kononnya aset TH yang diletakkan dibawah SPV sudah diserah kepada pemilikan bukan Islam adalah tidak benar sama sekali.

“Selepas meneliti, saya sudah beritahu dari awal sejak ambil jawatan ini, sebaik TH diurus dengan baik dan menyakinkan, maka MOF akan memulakan perbincangan menyerahkan semula aset yang kini diamanhkan kepada SPV kepada TH.

“Ini juga untuk mematikan fitnah kepada Menteri Kewangan ketika itu kononnya sudah memindahkan aset ini kepada bukan Islam,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Turut sama hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar. — Berita Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button