Berita

MOTAC adakan mesyuarat khas bincang isu kemalangan libat pelancong di Sabah

Mesyuarat itu turut dihadiri pihak keselamatan dan jabatan-jabatan lain yang berkenaan.

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah; Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sabah; Jabatan Laut Sabah dan Labuan; Pejabat Daerah Semporna; Lembaga Pelancongan Sabah; dan lain-lain, telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai kemalangan membabitkan pelancong di Sabah.

Motac dalam satu kenyataan berkata, matlamat perbincangan itu adalah untuk mencari kata sepakat dalam kalangan semua pihak yang terlibat untuk meningkatkan aspek keselamatan pelancongan tempatan secara kolektif dan mengurangkan risiko kemalangan serupa pada masa hadapan.

Setakat ini, lebih 13 kemalangan membabitkan pelancong dilaporkan berlaku di Sabah, termasuk kejadian bot terbalik di Pulau Timba-Timba dan insiden lemas membabitkan pelancong asing di Kudat pada bulan Julai baru-baru ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan bahawa ini adalah isu mendesak yang perlu ditangani dalam memulihkan industri pelancongan negara.

Jelanya, amat malang sekali Sabah sebagai destinasi pelancongan popular di Malaysia di peringkat global, kini mula tercalar imejnya disebabkan insiden-insiden yang berlaku sepanjang tahun ini, malah ia turut menjejaskan industri pelancongan negara khususnya di Sabah.

“Adalah penting bagi semua jabatan serta pihak berkepentingan yang terlibat, termasuk industri pelancongan itu sendiri, untuk menunjukkan komitmen dan menangani isu-isu ini dengan segera bagi memulihkan keyakinan pelancong,” katanya.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat hari ini ialah;

1๏ธโƒฃ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐ ๐š๐ซ๐ข๐ฌ ๐ฉ๐š๐ง๐๐ฎ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง: Kajian semula secara holistik dan naik taraf garis panduan keselamatan sedia ada untuk memastikan pelancong mempunyai langkah pencegahan serta keselamatan yang mencukupi apabila menyertai pelbagai aktiviti pelancongan termasuk sukan air.

2๏ธโƒฃ ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐๐š๐ฅ๐ข ๐›๐จ๐ญ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐ข ๐ฅ๐ž๐ฌ๐ž๐ง ๐ฌ๐š๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐ค๐š๐ง ๐š๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข-๐š๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ข๐ญ๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐š๐ข๐ซ: Memastikan semua bot penumpang yang hendak beroperasi berdaftar dan disahkan oleh pihak berkuasa bertujuan memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan yang diperlukan, termasuk memantau pematuhan peraturan mengenai kapasiti penumpang, pemakaian jaket keselamatan berkualiti tinggi, peralatan keselamatan maritim, dan langkah-langkah kecemasan yang diperlukan. Semua pengendali atau pengusaha bot diwajibkan mendaftar dan mematuhi piawaian yang ditetapkan, manakala pemandu bot pula mestilah memiliki lesen dan perlindungan insurans yang sah.

3๏ธโƒฃ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐š๐ญ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž๐ญ๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฃ๐ฎ๐ญ: Memastikan pemantauan keselamatan dilaksanakan dengan baik, agensi penguatkuasaan undang-undang harus mengambil langkah yang lebih ketat, termasuk menjalankan pemeriksaan secara mengejut yang berterusan, untuk memastikan bahawa garis panduan keselamatan yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya, serta bertindak dengan tegas terhadap sebarang pelanggaran, seterusnya memaksimumkan keselamatan pelancong.

Perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat termasuk keperluan tenaga pengajar selam skuba memiliki lesen yang diiktiraf dan dikemas kini secara berkala, memastikan kualiti tenaga pengahar, kelayakan pengajar selam skuba mestilah dipamer dan diteliti sepenuhnya sebelum membenarkan mereka menjalankan sebarang aktiviti sebagai saringan tambahan, menjamin kualiti pengalaman menyelam untuk pelancong dan menangani isu kebersihan di persekitaran penginapan.

Adalah ditegaskan bahawa keselamatan pelancong adalah keutamaan kami. justeri kami memerlukan kerjasama penuh daripada semua pihak berkepentingan, termasuk pemain industri, untuk memastikan pertumbuhan mampan sektor pelancongan dan keselamatan pengunjung. Operator atau pengusaha pula mestilah mengutamakan keselamatan dengan menuediakan latihan kepada para kakitangan masing-masing, perlindungan insurans dan pelan kecemasan. Ini demi memastikan standard kebersihan dan kualiti dipenuhi, dan kecemasan dapat diuruskan dengan lebih berkesan.

Selain itu, kerajaan negeri perlu memantau dan meningkatkan kualiti pelancongan tempatan. Pengalaman yang lebih baik akan meningkatkan keyakinan pelancong, sekaligus berpotensi menarik minat pelancong untuk kembali mengunjungi destinasi sama, merangsang pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Adalah penting bagi semua pihak untuk menunaikan tanggungjawab secara bersama dan mencegah kejadian atau insiden yang tidak diingini berlaku di masa depan, meningkatkan keyakinan terhadap industri pelancongan Malaysia dan memulihkan reputasi industri. โ€” Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram sertaย TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button