Berita

MOTAC santuni Komuniti Rh Lebong Ak Luang Rh Selanjat Ak Usah Rh Belayong Ak Buang

Menteri MOTAC antara yang turun menyantuni komuniti tersebut.

BINTULU 5 Dis. –  Menyantuni penduduk di sekitar kawasan memberi makna tersendiri kepada masyarakat untuk memastikan mereka diberi perhatian.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, mengambil inisiatif  menyantuni beberapa rumah sekitar Rh Lebong Ak Luang Rh Selanjat Ak Usah Rh Belayong Ak Buang dan turut beramah mesra bersama penduduk di Sepupok Niah.

“Hari ini saya melawat tiga rumah panjang dengan pegawai-pegawai MOTAC Sarawak untuk berkongsi maklumat mengenai Program Homestay.

“Ini adalah satu inisiatif MOTAC untuk membantu penduduk rumah panjang dalam menambah pendapatan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi pelancongan khususnya di Bintulu,” katanya.

Beliau berpendapat perlu mengikut peredaran semasa dan memenuhi kehendak pelancong atau pengembara yang kini dilihat semakin berminat mendalami keunikan sesebuah budaya masyarakat.

“Justeru, keunikan rumah panjang yang ada ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya dengan menjadikan ia sebagai pilihan pelancong untuk menikmati kelainan serta mempelajari gaya hidup Dayak, termasuk makanan tradisional; upacara atau keraian dan adat resam; kraftangan dan sebagainya.

“Apa yang paling penting, kita dapat mempromosi cara hidup Sarawakian yang saling hormat menghormati, memelihara keharmonian dan kemakmuran bersama di kalangan semua kumpulan etnik di Sarawak,” katanya. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button