Berita

Muhammad Daniel hilang sejak semalam, polis mohon bantuan orang ramai

Mangsa kali terakhir dilihat berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Disember 2023 (semalam), lebih kurang pukul 12.30 tengah malam

KUALA LUMPUR 8 Dis – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar berusia 14 tahun yang hilang di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, di sini, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi pada pukul 1.21 tengah hari.

“Mangsa kali terakhir dilihat berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Disember 2023 (semalam), lebih kurang pukul 12.30 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran ataupun menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.- Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button