Berita

Muhyiddin gagal dapat semula pasport secara kekal

Muhyiddin mahu mendapatkan semula pasportnya bagi tujuan percutian dan pemeriksaan kesihatan di Singapura.

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan terus menyimpan pasport bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, yang berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Mahkamah jenayah pagi ini menolak tawaran ahli Parlimen Pagoh itu untuk mendapatkan semula  pasportnya secara kekal bagi tujuan percutian keluarga di London dan pemeriksaan kesihatan di Singapura pada akhir tahun ini.

Namun, kata Hakim Azura Alwi pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu masih mempunyai hak untuk memfailkan pemulangan sementara pasportnya bagi tujuan tersebut,  tertakluk kepada kelulusan mahkamah.

Susulan penghujahan lisan ringkas oleh peguam Muhyiddin, K Kumaraendran dan timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib, Azura kemudian membenarkan pelepasan sementara pasport tertuduh mulai hari ini hingga 15 Jan tahun depan. — Malaysia Kini

Artikel Berkaitan

Back to top button