Muhyiddin kemuka permohonan batal 3 kes pengubahan wang haram
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini membenarkan permohonan Muhyidin untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa

KUALA LUMPUR 19 Sept – Bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memfailkan permohonan untuk membatalkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram ke atas dirinya.
Peguam bela Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan demikian kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.
Sebelum ini, pada 15 Ogos, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhyidin untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan pembebasan itu.
Hisyam memaklumkan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi mengenai hasrat pasukan pembelaan untuk membatalkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu.
“Mengenai tiga pertuduhan (pengubahan wang haram), kami akan memohon untuk mengetepikan tiga pertuduhan di bawah Amla (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram),” kata peguam itu, sambil menambah bahawa permohonan tersebut adalah mengikut Kanun Prosedur Jenayah.
Hisyam memaklumkan mahkamah rendah itu bahawa mereka juga akan memfailkan permohonan untuk mengubah syarat jaminan Muhyiddin bagi pemulangan pasportnya.
Azura kemudian menetapkan 29 Nov untuk sebutan lanjut kes itu.
Muhyiddin berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa, yang dirangka di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009. Dia didakwa menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu dan presiden Bersatu untuk dorongan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Tiga syarikat itu adalah Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.
Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta yang sama.
Pemimpin berusia 76 tahun itu didakwa menerima lebih RM120 juta hasil aktiviti haram daripada Bukhary Equity Sdn Bhd antara 25 Feb 2021 dan 8 Julai 2022.
Pengubahan wang haram itu didakwa dilakukan dengan menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun Bersatu.
Presiden Bersatu itu berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan terbabit atau RM10,000, yang mana lebih tinggi bagi pertuduhan salah guna kuasa.
Bagi kes pengubahan wang haram, dia boleh dihukum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah terbabit atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Di bawah undang-undang, pengubahan wang haram adalah proses menukar wang tunai, dana atau harta yang diperoleh daripada aktiviti jenayah untuk memberikannya penampilan yang sah. Ia adalah tindakan membersihkan wang ‘kotor’ bagi menyamarkan asal usul jenayah itu. –

Di bawah undang-undang, pengubahan wang haram adalah proses menukar wang tunai, dana atau harta yang diperoleh daripada aktiviti jenayah untuk memberikannya penampilan yang sah. Ia adalah tindakan membersihkan wang ‘kotor’ bagi menyamarkan asal usul jenayah itu. – Malaysiakini