Berita

Nafi terima sogokan sokong PM, MP Gua Musang mahu fail saman

Saman itu akan diambil terhadap Ketua Pengerangan Bersatu, Razali Idris.

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim berkata dia akan memfailkan saman terhadap Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris yang menuduhnya menerima sogokan untuk mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Azizi mendakwa tuduhan itu satu fitnah dan dia menafikan ada ditawarkan apa-apa bentuk habuan.

“Perkara ini tak betul dan fitnah yang paling teruk.

“Saya akan failkan saman kepadanya (Razali) yang telah membuat kenyataan menuduh saya ada terima sogokan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 11 Nov lalu, Razali mendakwa wujudnya unsur sogokan kepada empat ahli parlimen yang menyatakan sokongan terhadap perdana menteri.

“Dalam kes ini kita percaya wujud unsur-unsur sogokan yang menjanjikan habuan selepas mereka menyatakan sokongan terhadap perdana menteri.

“Kita akan pertimbangkan tindakan undang-undang termasuk membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Razali. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button