Najib gagal batal injuksi Mareva dalam saman 1MDB
Permohonan Najib itu ditolak Mahkamah Tinggi.

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib Razak untuk membatalkan satu injuksi Mareva yang menghalang beliau daripada melupuskan asetnya di Malaysia kepada satu jumlah di bawah USD681 juta.
Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad memutuskan injuksi itu harus dikekalkan hingga saman 1MDB terhadap bekas perdana menteri itu selesai.
Pada tahun lalu, 1MDB memperoleh injuksi untuk menghalang Najib dan ejennya daripada mengalihkan asetnya di negara ini kepada satu jumlah di bawah USD681 juta, sementara menunggu keputusan saman tersebut.
Najib hanya dibenar mengeluarkan wang tidak melebihi RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup serta perbelanjaan guaman.
Kerajaan menerusi 1MDB dan anak syarikat memfailkan satu saman terhadap Najib dan 14 yang lain pada Mei 2021.
Mereka mendakwa Najib dan beberapa individu lain terlibat dalam skandal kewangan tersebut. — FMT