Viral

Nak makan percuma, lelaki sanggup menipu bayar guna QR Code

Kejadian difahamkan berlaku di Seremban, Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Seorang individu dikesan sanggup menipu dengan memanipulasi kaedah bayaran QR code, demi untuk menikmati makanan secara percuma di sebuah restoran.

Kejadian berkenaan difahamkan berlaku di Seremban, Negeri Sembilan dan hanya disedari oleh seorang pelanggan restoran berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ying, yang berkongsi pengalaman ‘menyedihkan’ itu .

Menurut Ying, terdapat seorang pelanggan seolah-olah membuat pembayaran makanannya melalui kemudahan kod QR Touch N’ Go.

Namun hakikatnya, pelanggan itu bertindak licik dengan menampal kod QR yang dicetaknya sendiri di kaunter sebelum berlakon ‘membayar’ makanannya dan keluar dari restoran seperti tiada apa yang berlaku.

Lebih malang, beberapa pelanggan lain turut membayar bil mereka melalui kos QR milik pelanggan tidak dikenali itu.

Ketika Yin menyedari kejadian terbabit, pelanggan tidak dikenali itu dipercayai sudah menerima lebih RM100 hasil ‘bayaran’ oleh pelanggan lain yang menikmati makanan di situ.

“Jika pelanggan itu boleh memperoleh RM100 dari satu kedai, bayangkan berapa banyak yang dia peroleh jika dia makan di 100 kedai! Dia boleh memperoleh lima angka ‘pendapatan’ setiap bulan dengan hanya menipu orang lain!”

Pada masa sama, Ying juga mendedahkan kepada orang ramai bahawa mereka berjaya mengenalpasti pelanggan tidak dikenali itu, yang yang juga lelaki berusia 53 tahun dan menetap di Seremban.

Sementara itu, seorang pekerja di restoran terbabit yang mahu dikenali sebagai Loke berkata, pihak restoran tidak menyedari keadaan berkenaan kerana ketika kejadian, ia sesak dengan pelanggan keluar masuk secara serentak.

Beliau berkata, kod QR yang ditampal itu tidak menggambarkan nama restoran itu dan hanya menyedari selepas dimaklumkan oleh seorang pelanggan sebelum menyedari kejadian terbabit.

“Kami tidak dapat melihat lelaki itu kerana kamera litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi.”

“Bayangkan jika tiada siapa yang benar-benar perasan kod QR yang mencurigakan itu, lelaki terbabit boleh memperoleh bukan hanya ratusan malah ribuan dalam sehari,” katanya. — BH

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button