Berita

Nanti saya fikir dulu… – Anwar

Anwar akan berfikir terlebih dahulu berhubung kemungkinan melakukan rombakan Kabinet

KUALA LUMPUR 27 Sept – Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau akan berfikir terlebih dahulu berhubung kemungkinan melakukan rombakan Kabinet.

“Rombakan… nanti saya fikir dulu,” kata Perdana Menteri, ringkas.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 di sini, hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, hari ini, memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya tidak membincangkan mengenai rombakan Kabinet.

Spekulasi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan timbul sejak akhir-akhir ini, khususnya selepas kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Malah, timbul khabar angin bahawa Perdana Menteri dijangka melakukan rombakan terbabit selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, pada 7 Oktober ini. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button