Negara ada lebihan RM19 bilion hasil cukai jika laksana GST
Perkara itu dinyatakan Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Apruva Sanghi.

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Malaysia mampu menjana lebihan RM19 bilion hasil cukai tahun lepas jika negara melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan bukannya Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada.
Ini sekiranya perbandingan dibuat bukan pada terma nominal, tetapi mengikut peratusan hasil cukai kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata ketua ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia Apruva Sanghi.
Pada 2017, katanya, GST menjana RM44 bilion, membentuk kira-kira 2.8 peratus daripada KDNK tahun itu.
Pada 2022, jumlah bersamaan untuk 2.8 peratus daripada KDNK adalah RM50 bilion.
Bagaimanapun, pada 2022, SST hanya menyumbang RM31 bilion hasil cukai, iaitu kekurangan RM19 bilion.
“Jumlah itu mungkin 61 peratus lebih dengan GST berbanding SST!” katanya di platform media sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Ini bercangahan dengan hujah bahawa hasil kutipan SST adalah setanding dengan GST, kerana RM31 bilion diperolehi melalui SST pada 2022 manakala GST meraih RM44 bilion kutipan cukai pada 2017.
Apurva berkata ini jurang perbezaan mungkin dianggap lebih kecil, terutamanya apabila mengambil kira RM19 bilion yang dibelanjakan untuk pembayaran balik GST.
“(Ini) betul tetapi mengelirukan! Ini kerana KDNK nominal Malaysia adalah kira-kira 30 peratus lebih pada 2022 berbanding 2017,” katanya. — Xklusif