NOIR raikan ulang tahun ke-8, perkukuh legasi, perkenalkan inovasi baharu

NOIR, jenama kecantikan halal premium yang cukup sinonim dengan keanggunan wanita masa kini, telah melakar sejarah baharu dengan sambutan ulang tahun ke-8 bertemakan “NOIR Anggun Abadi – Dari Mimpi, Lahir Legasi.” Majlis penuh makna di Astana Glass House, Bamboo Hills ini menghimpunkan usahawan, rakan kongsi lama dan baharu yang bersatu membina kekuatan NOIR sejak tahun penubuhannya.
Lebih daripada sekadar sambutan ulang tahun, acara berprestij ini menjadi titik pertemuan pelbagai generasi NOIR; daripada usahawan setia sejak awal hingga wajah baharu yang kini mengorak langkah bersama-sama menjana pendapatan. Majlis ini membuktikan bahawa keyakinan, ketekunan dan semangat untuk berkongsi mampu menjadi pemangkin perubahan dalam kehidupan wanita.

NOIR diasaskan oleh wanita inspirasi, Madammu, yang bermula dengan satu impian dan sebuah telefon bimbit. Dalam ucapannya, Madammu berkongsi perjalanan dari seorang suri rumah kini menjadi pengasas kepada salah satu jenama terkenal di Malaysia. Beliau tidak pernah menduga impiannya mampu memberi perubahan positif kepada ribuan wanita lain yang kini berdikari dan mempunyai keyakinan diri melalui platform NOIR.
Madammu juga menzahirkan penghargaan kepada seluruh pasukan dan komuniti NOIR yang menjadi tulang belakang kejayaan syarikat. Ujar beliau, perjalanan lapan tahun ini dipenuhi jatuh bangun, namun kekuatan dan kesetiaan komuniti telah menjadi sumber inspirasi berterusan. Walaupun dunia digital mengubah cara interaksi, semangat persaudaraan di kalangan warga NOIR tetap utuh dan terus mara ke hadapan.

Sambutan ulang tahun kali ini turut menjadi saksi pelancaran dua inovasi baharu dalam bidang kecantikan dalaman, iaitu NMN Enhanced+ dan SW Tripeptide. NMN Enhanced+ diformulasi khas dengan bahan berteknologi tinggi bagi menyokong pembaharuan sel serta melambatkan proses penuaan, manakala SW Tripeptide pula menawarkan khasiat kolagen marin untuk kulit yang lebih cerah, anjal dan sihat. Kedua-dua suplemen didatangkan dalam bentuk serbuk, mudah dimakan dan sesuai untuk gaya hidup wanita moden.
NOIR membuktikan bahawa ulang tahun ke-8 ini bukanlah penamat, sebaliknya permulaan baharu untuk terus memperkasa setiap wanita agar berani bermimpi dan bertindak. Dengan inovasi berasaskan sains dan keperluan semasa, NOIR sekali lagi mengukuhkan posisinya sebagai peneraju kecantikan halal premium di Malaysia.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, NOIR bukan sekadar menawarkan produk kecantikan, tetapi turut menyediakan peluang kepada wanita untuk membina ekonomi sendiri, meningkatkan keyakinan dan menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya. Legasi yang dibina dalam tempoh lapan tahun ini menjadi contoh keutuhan, inovasi dan solidariti komuniti wanita Malaysia.








