Ekonomi

Ombak Kitchen Seafood rasmi cawangan keempat di Setiawangsa

Restoran Ombak Kitchen Seafood kini menjadi pilihan utama bagi pencinta makanan laut dengan menawarkan pelbagai menu ala carte yang menggoda selera. Antara hidangan terlaris yang boleh didapati dari Ombak Kitchen adalah Ketam Raja Alaska, udang galah hidup Kanada, serta kombo makanan laut yang pasti memuaskan hati pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ombak Kitchen, Sharita Loo, menjelaskan bahawa matlamat mereka adalah untuk membawa pengalaman menikmati makanan laut ke tahap yang lebih menyeronokkan, berbeza dengan pengalaman makan tradisional biasa. “Kami ingin memastikan setiap kunjungan ke Ombak Kitchen adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Majlis perasmian malam ini telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, sebagai tetamu khas juga selaku Ahli Parlimen Setiawangsa.

“Bagi memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak, Ombak Kitchen juga menawarkan lebih banyak pilihan hidangan sihat. Ibu bapa kini lebih mengambil berat tentang nilai pemakanan, dan chef kami telah bekerja keras untuk memenuhi keperluan itu,” tambah Sharita.

Restoran ini juga terkenal sebagai lokasi untuk meraikan hari lahir dan majlis-majlis istimewa. Dengan cawangan-cawangan yang sedia ada di Bukit Jelutong, Bangsar, dan IOI City Mall Putrajaya, Ombak Kitchen kini membuka cawangan keempat di Setapak, dikenali sebagai Ombak Kitchen The Palette @ The Ark, Setapak.

Datuk K. Rajagobal sedang menikmati makanan laut di Ombak Kitchen The Palette @ The Ark, SetapakĀ .

Pemilihan Setapak sebagai lokasi baru ini bertujuan untuk mendekatkan makanan laut kepada masyarakat di ibu kota, yang hanya terletak 10 minit dari bandar Kuala Lumpur. “Kami melihat potensi yang besar di kawasan Setapak, yang mempunyai ramai penduduk,” jelas Sharita.

Ombak Kitchen juga ada perancangan untuk melebarkan sayap ke bandar Kuala Lumpur dan Johor Bahru atas permintaan peminat makanan laut yang sering makan di restorannya datang dari kedua daerah itu.

Sidang media majlis perasmian Ombak Kitchen The Palette @ The Ark, Setapak, (Dari kiri) Chef, Shahril Anuar Abdul Rahman, Ketua Chef, Kamarudin Adnin @ Chef Bob dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ombak Kitchen, Sharita Loo

Majlis perasmian malam ini telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, sebagai tetamu khas juga selaku Ahli Parlimen Setiawangsa.

Beliau juga berkongsi pengalaman pernah makan di Ombak Kitchen IOI City Mall Putrajaya dan menyatakan rasa bangga kerana Ombak Kitchen memilih Setapak sebagai lokasi cawangan keempat mereka.

Dengan konsep yang segar dan menarik, Ombak Kitchen Seafood terus berusaha untuk menjadi destinasi utama bagi pencinta makanan laut, menjanjikan pengalaman yang tidak hanya memuaskan selera tetapi juga menyeronokkan.

Artikel Berkaitan

Back to top button