Oreo X Baby Monster raikan kecerian berterusan

Siapa saja yang tidak sukan biskut yang hanya perlu putarkan, jilat (krim) dan celupkannya di dalam susu bernama OREO. Kali ini, biskut tersebut telah membuat satu lagi kolaborasi yang di luar jangkaan.
Sarungkan kasut tarian anda kerana OREO x BABYMONSTER kini tiba untuk memberikan keenakan rasa yang membuat anda terasa seperti ingin menari.
Pelancaran terkini ini adalah kesinambungan legasi OREO dalam memberi makna kepada budaya kerjasama, terutamanya melalui kolaborasi berprofil tinggi yang telah banyak menawan hati para peminat di seluruh dunia.
Dengan karisma BABYMONSTER dan keenakan rasa OREO, kolaborasi tersebut sedia menakluki hati pencinta snek seluruh Malaysia.
Buat kali pertama OREO x BABYMONSTER meneroka rentak baharu, menyuntik keriangan kepada gerakan klasiknya: Memperkenalkan #TwistLickDance.
Dengan lagu menarik yang dihasilkan oleh OREO serta koreografi yang dipersembahkan oleh BABYMONSTER, cabaran #TwistLickDance mengajak kesemua MONSTIEZ di Malaysia berseronok dengan irama rancak ini sambil menikmati keenakan OREO.

“Kolaborasi ini meletakkan kami seiring dengan rentak budaya terkini. Dengan menggabungkan keriangan OREO dengan hiburan bertenaga daripada ikon generasi baharu K-pop, BABYMONSTER, kami sedang mencipta momen di mana muzik, gerak tari, dan keenakan rasa disatukan, ” kata Lucas Levy, Pengarah Kanan Pemasaran, Asia Tenggara.
Dengan BABYMONSTER, kami membayangkan trend ikonik OREO mencetus gema melalui revolusi #TwistLickDance bersama peminat generasi masa kini.
Diinspirasikan oleh trend pemanis mulut, OREO tururt mempersembahkan biskut merah OREO BABYMONSTER dengan perisa Marshmallow Crème, bagi meraikan identiti BABYMONSTER.
OREO juga melancarkan biskut edisi khas yang direka sendiri oleh anggota kumpulan BABYMONSTER.
Boleh didapati dalam perisa kegemaran seperti Vanila, Coklat, Strawberi dan juga edisi terhad Marshmallow, MONSTIEZ boleh mendapatkan foto kad dengan pembelian OREO x BABYMONSTER multipek.
Kumpul kesemua 7 untuk melengkapkan set, sekali gus mengukuhkan tempat sebagai peminat utama BABYMONSTER.
Jom Berseronok dengan Aktiviti yang Disediakan

Bagi meraikan pelancaran ini, OREO merancang pelbagai aktiviti eksklusif untuk peminat di seluruh Malaysia dengan roadshow, peraduan dan hadiah yang menyeronokkan.
Peraduan Beli, Selfie & Menang (1 Oktober – 31 Disember): Beli pek OREO x BABYMONSTER dan muat naik resit atau hantarkan selfie anda bersama Biskut OREO X BM ke http://www.oreobm.com. Anda berpeluang memenangi Kembara KPop ke Korea dan pelbagai BABYMONSTER merchandise seperti album bertandatangan, hoodie reversible, light stick, dan jersi rasmi
Cabaran #TwistLickDance (13 Oktober – 31 Disember): Dapatkan pek OREO x BABYMONSTER dan pamerkan kehebatan tarian #TwistLickDance anda. Tag OREO dan gunakan hashtag #TwistLickDance dan #OREOxBABYMONSTERMY. Anda berpeluang memenangi Kembara KPop ke Korea dan pelbagai barangan rasmi BABYMONSTER!








