Berita
Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput

KUALA LUMPUR 16 Nov – Padang Dataran Merdeka mula ditutup bermula semalam sehingga 31 Januari 2024 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, tiada sebarang aktiviti dibenarkan sepanjang kerja penyelenggaraan dilakukan.
“Sehubungan itu, sebarang permohonan tempahan untuk penggunaan padang Dataran Merdeka akan dibekukan sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan,” katanya.
Dalam kenyataan sama, DBKL memaklumkan, kerja penyelenggaraan yang dilakukan hanya melibatkan kawasan padang manakala fasiliti lain seperti jalan dan parkir sekitar dataran masih boleh digunakan orang awam seperti biasa. – Xklusif