Berita

Panglima Medan Timur ziarah keluarga anggota tentera yang masih hilang

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyantuni keluarga Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abdul Halim, anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan yang dilaporkan hilang sejak 18 Jun lalu, di Baling, Kedah pada Sabtu.

Dalam kunjungan itu, Mohd Sofi memaklumkan status semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepada bapa Muhammad Syafiq, Abdul Halim Abdul Kadir, 51, dan menzahirkan komitmen dan keyakinan bahawa Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan sepenuh daya dan usaha akan meneruskan pencarian agar anaknya dapat kembali ke pangkuan keluarganya.

Untuk rekod, operasi SAR memasuki hari ke-12 hari ini dan keluarga Muhammad Syafiq menyerahkan sepenuhnya urusan pencarian anaknya kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sambil memohon masyarakat mendoakan agar beliau segera ditemui.

Pada 18 Jun lepas, Muhammad Syafiq yang merupakan anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpangkalan di Kem Kidurong, Bintulu hilang ketika bertugas di Limbang bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak.

Artikel berkaitan > Operasi SAR anggota tentera hilang di perbatasan Malaysia-Brunei giat dijalankan

Artikel Berkaitan

Back to top button