BeritaJenayah

Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan di Kuala Kurau

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pantai, Batu 9, Batu Piandang, berhampiran Kuala Kurau, pagi ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata mangsa merupakan pemandu Perodua Kelisa berusia 59 tahun dan isterinya yang berusia 66 tahun.

Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Anak lelaki mereka yang berusia 13 tahun hanya mengalami kecederaan dalam kemalangan itu,” kata Sabarodzi ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau dikejarkan ke lokasi kejadian, kira-kira 9km dari balai, selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.29 pagi.

Kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Kelisa dan sebuah Honda City. Namun, pemandu Honda City tersebut tidak dapat dikesan, kata Sabarodzi.

Artikel Berkaitan

Back to top button