Berita

‘Pekerja bank konvensional terbabit secara langsung dengan riba’, mufti nasihat cari kerja halal lain

Menjawab mengenainya, ia diterangkan yang mana bank konvensional adalah melibatkan muamalat riba

KUALA LUMPUR 11 Jan – Mufti Wilayah Persekutuan menjawab salah satu persoalan yang ditanya orang awam berkaitan dengan hukum bekerja di bank konvensional.

Menjawab mengenainya, ia diterangkan yang mana bank konvensional adalah melibatkan muamalat riba.

Oleh itu, mereka yang sudah melibatkan diri dalam dunia pekerjaan di bank konvensional diminta perlu berusaha sebaik mungkin dalam mencari pekerjaan halal yang lain.

Pada masa yang sama, terdapat dua kategori untuk mereka yang bekerja di bank konvensional – iaitu mereka yang bekerja secara langsung dengan transaksi riba yang mana hukumnya haram – termasuk melibatkan jawatan seperti pegawai pemasaran, penganalisis kredit, pegawai akaun, bahagian admin kredit, bekerja di kaunter, dan sebagainya.

Sementara kategori pekerja kedua yang tidak terkait dengan transaksi riba yang harus adalah seperti pegawai keselamatan, tukang bersih dan sebagainya.

Mufti WP menasihatkan untuk mereka yang terlibat dalam dunia pekerjaan di bank konvensional untuk berusaha sebaik mungkin mencari pekerjaan halal yang lain. Anda boleh lanjut berkenaan penerangan ini di laman rasmi MuftiWP. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button