(VIDEO) Pelajar baru baik kanser tanggung sakit dibuli sekumpulan ‘kadet polis’ di JB
Pelajar berkenaan dikatakan sudah lama menjadi mangsa buli

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Seolah tiada kesudahan kes buli melibatkan pelajar sekolah apabila muncul lagi kejadian seumpama yang tidak sedap didengar dan mata memandang.
Biarpun sudah banyak penguatkuasaan bukan saja diperingkat sekolah, malah turut dilaksanakan undang-undang yang menghukum pesalah buli ini, ia dilihat tetap berlaku.
Semalam, tular lagi sebuah video berdurasi 1 minit membabitkan sekumpulan pelajar sekolah menengah membuli seorang budak lelaki di dalam kawasan sebuah taman perumahan.
View this post on Instagram
Berdasarkan maklumat awal yang dikongsikan oleh warganet, kejadian itu dipercayai berlaku di Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor.
Dalam video berkenaan, dengan jelas kelihatan mangsa dipukul dan ditarik ke tengah-tengah kawasan lapang sebuah taman permainan sebelum dipukul beramai-ramai oleh rakan sebayanya.
Tidak berpuas hati mangsa tidak melawan, ada di antara sekumpulan remaja berkenaan mengambil peluang bergilir-gilir memukul mangsa yang terbaring kesakitan.
Lebih menyakitkan hati, video itu turut dirakam oleh rakan si pembuli dan diperhatikan pelajar lain tanpa rasa belas kasihan sambal mentertawakan melihat mangsa yang dipukul.
Menurut satu hantaran di Twitter, mangsa didakwa sudah lama dibuli dan mangsa juga dikatakan baru sahaja pulih dari penyakit kanser.
Pelaku dan mangsa dipercayai merupakan pelajar SMK Puteri Wangsa, Johor.
“Lagi kes buli. Kali ini budak yang kena buli itu anak kawan mak aku. Memang ###### weh.
“Rupa-rupanya mangsa dah lama kena buli. Budak itu (mangsa) sudahlah baru lepas baik daripada kanser. Diorang (suspek) ni memang teringin jawab SPM dalam lokap agaknya.
“Kadet polis, tapi perangai banduan,” kata sumber di Twitter.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek utama tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai berkawan dengan teman wanitanya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek utama tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai berkawan dengan teman wanitanya.
“Polis mengesahkan kejadian itu selepas menerima laporan polis pada jam 4.09 petang semalam oleh mangsa yang mendakwa dia dipukul, ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di perut, belakang badan, paha dan lengan kiri serta kanan.
“Suspek adalah enam remaja lelaki tempatan dan seorang remaja lelaki warga asing semuanya berusia antara 14 hingga 17 tahun.
“Kejadian dipercayai berlaku di tempat awam dekat kawasan Taman Bestari Indah di sini, jam 3 petang 9 Ogos lalu dan pengadu mengalami cedera lebam di bahagian lengan kiri dan kanan, bengkak di bahagian peha sebelah kanan dan mengalami kesakitan di keseluruhan tubuh badan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, antara jam 5.30 petang hingga 9.34 malam semalam, polis menyerbu enam lokasi berbeza di sekitar daerah ini.
“Hasil serbuan berjaya menahan enam suspek lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing.
“Kita turut membuat beberapa rampasan iaitu sehelai jersi warna biru, tiga helai t-shirt lengan panjang warna biru gelap, sehelai t-shirt lengan pendek warna hitam dan sebuah telefon bimbit,” katanya.
Menurut Raub, tujuh suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan tempoh reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun keseksaan. — Xklusif