Berita

Pelajar perempuan 16 tahun dakwa dirogol sarjan

Pelajar itu didakwa dirogol sebanyak dua kali.

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat mendakwa dirinya dirogol seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah, Perak dalam kejadian tahun lalu.

Difahamkan suspek melakukan perbuatan terkutuk terhadap pelajar berusia 16 tahun itu sebanyak dua kali iaitu pada Julai dan Oktober 2023.

Kegiatan tersebut terbongkar apabila mangsa memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 20 Januari lalu.

“Setakat ini tiada tangkapan lagi dibuat dan siasatan masih diteruskan.

“Pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa telah dijalankan didapati tiada kecederaan luaran,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang menunggu laporan perubatan daripada hospital. — Sinar Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button