Berita

Pelajar universiti maut terjatuh dari tingkat 34 ketika mahu ambil baju

Kejadian berlaku di sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru malam tadi.

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Seorang pelajar universiti maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru malam tadi.

Kejadian dikatakan berlaku ketika remaja berusia 18 tahun itu mahu mengambil pakaiannya di balkoni.

Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata polis menerima laporan kejadian pada 8.17 malam.

M”ayat remaja itu ditemukan di tingkat bawah bangunan setinggi 39 tingkat berkenaan.

“Hasil soal siasat dua saksi kejadian mendakwa remaja terbabit ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni.

“Dia dikatakan bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni. Mangsa hilang keseimbangan dan terjatuh ke bawah,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Dellhan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button