Pengasas GVT Sdn Bhd wakaf kereta bugi EV untuk kegunaan madrasah

Setiap kejayaan pasti ada cerita di sebaliknya. Bagi GVT Sdn Bhd (Go Auto), kejayaan bukan sekadar angka jualan atau produk canggih, tetapi juga tentang impian, keberanian dan kebaikan.
Dalam perkongsian Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman di Facebook semalam, beliau kongsikan tentang pengasas GVT Sdn Bhd (Go Auto), Wan Ahmad Wan Omar atau mesra dipanggil WAWO yang tidak begitu ke depan namun punyai pencapaian yang sangat membanggakan masyarakat dan negara.
Beliau adalah contoh nyata bagaimana seorang usahawan boleh berjaya sambil memberi manfaat kepada masyarakat.
WAWO bukan calang-calang jurutera. Beliau pernah menjadi sebahagian daripada pasukan pengasas projek kereta nasional kedua Malaysia, Perodua. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia automotif, WAWO membuat keputusan berani meninggalkan kerjaya korporat yang selesa untuk menubuhkan kilang kenderaan sendiri.
Risiko besar? Sudah tentu. Tapi, WAWO percaya, impian besar memerlukan langkah berani.

Hasilnya, hampir 10,000 van, bas dan trak petrol, diesel bahkan kenderaan elektrik (EV) telah dihasilkan oleh Go Auto, yang mana kini syarikat itu fokus membangunkan EV selari dengan aspirasi hijau dan kelestarian alam sekitar.
Malah, van komersial EV keluaran mereka adalah yang pertama dihasilkan oleh syarikat Bumiputera dan bukan sekadar prototaip malah ia telah digunakan di lapangan.
Bukan itu sahaja, WAWO juga membawa syarikatnya ke pentas antarabangsa dengan projek eksport kereta bugi EV ke Amerika Syarikat, lengkap dengan teknologi seperti sistem solar, GPS, kamera undur, TV, dan sistem telematik.
Hebatnya 80% komponen dibuat di Malaysia, bukti kemampuan industri tempatan untuk bersaing di peringkat global.
Tapi apa yang paling membezakan, WAWO tidak memfokuskan angka jualan atau teknologi semata-mata, tetapi hati nurani sisi seorang usahawan anak didik Dr. Azizan ini yang mengamalkan elemen keberkatan dalam perniagaan amatlah disanjung.
Di bawah kredibiliti keusahawanan yang diterapkan, GVT Sdn Bhd (Go Auto) berjaya menjalankan pelbagai inisiatif CSR antaranya; mewakafkan lebih 20 buah van jenazah kepada masjid dan surau disamping sumbangan tahunan 2,000 kampit beras kepada golongan memerlukan.
Malah pada Khamis lalu, WAWO turut mewakafkan kereta bugi EV sebagai tanda kesyukuran untuk kegunaan madrasah Ustaz Wadi Annuar di Sungai Petani yang sentiasa dihadiri ramai orang hampir setiap Sabtu.
Selain itu, WAWO juga merupakan antara pelopor Bumiputera dalam industri automotif yang berjaya bekerjasama dengan pemain industri global.
Antara pencapaian beliau apabila dilantik sebagai rakan pemasangan dan pengedar bagi dua jenama kenderaan komersial terbesar China, iaitu Yutong dan Higer.

Bukan itu sahaja, syarikatnya juga merupakan pengedar untuk produk Sky Train dan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap keupayaan teknikal syarikat tempatan.
Di samping itu, GVT Sdn Bhd (Go Auto) turut menjadi pembekal kenderaan kepada pelanggan institusi dan korporat utama seperti Prasarana Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB), serta beberapa agensi kerajaan dan organisasi swasta lain.
Bagi WAWO, kejayaan perniagaan bermakna memberi manfaat kepada orang lain, bukan sekadar keuntungan semata-mata.
Dari sisi seorang usahawan berjaya yang memberi manfaat kepada orang lain, kisah inspirasi ini benar-benar membuka mata kita betapa pentingnya nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial.
Namun perjalanannya perniagaannya, tidak mudah, di mana pada tahun 2020 hampir terkubur sepenuhnya.
Pada waktu itu, baru beliau menyertai bimbingan berterusan pementoran perniagaan bersama RichWorks.
Bagaimanapun WAWO bangkit selepas hampir jatuh sepenuhnya bukan perkara mudah namun tiada yang mustahil.
Sementara itu, Dr. Azizan memaklumkan bahawa WAWO juga akan ditemu bual tentang kisah jatuh bangun dirinya dalam talk show Inspirasi Seeni bersama Datuk Wira, pada Selasa depan, jam 11 pagi, di Astro Prima dan secara langsung di YouTube @seeNI.
Bagi usahawan yang ingin mendapatkan bimbingan yang tepat dan struktur perniagaan yang tersusun seperti WAWO, boleh layari SME360.com atau WhatsApp 016-2244244.








