Viral

(VIDEO) Pengasuh campak, kasari budak di taska di Johor buat ramai ‘panas hati’

Pengasuh berkenaan dilihat bertindak kasar dengan kanak-kanak di taska berkenaa menerusi rakaman CCTV yang tular

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Belum reda lagi kes penderaan kanak-kanak di taska sebelum ini, kini tular pula video dua wanita dipercayai pengasuh bertindak kasar terhadap kanak-kanak di sebuah taska di Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

Rakaman video kejadian tersebut mula tular di sosial media sejak petang tadi.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan individu berkenaan mendakwa kedua-dua wanita dipercayai pengasuh di taska tersebut bertindak kasar dengan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

Dalam video berdurasi 44 saat tersebut, jelas kelihatan kedua-dua wanita tersebut bertindak kasar dengan menarik tangan dan kaki serta menolak beberapa budak di dalam sebuah bilik.

Malah, turut kelihatan wanita berkenaan menghempas seorang kanak-kanak ke atas tilam taska yang disediakan.

Warganet yang menyaksikan video berkenaan turut mengecam tindakan penjaga berkenaan yang disifatkan tidak ikhlas menjaga kanak-kanak sehingga bertindak kasar.

“Kesiannya budak-budak tu. Kena hadap benda sama setiap hari sebab mak ayah sibuk bekerja,” kataNurhidayah Hamid.

“Macam tu je dia sentap budak-budak tu kacam tiada mak bapa. Semua tu amanah, kenapa kau kasar sangat?,” kata Adila Wahab.

“Kalau tak boleh tahan kerja mengasuh kenapa nak jadi pengasuh? Mak bapak sekarang dah tak duduk diam ya, kau tunggu la giliran kau kena hentak lepas ni,” kata Amir Lo.

Sehingga kini belum ada maklumat lanjut atau kenyataan dari pihak berkuasa mengenai kejadiaan berkenaan. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button